Monday 19 November 2012

Tanda2 Si Dia Curang Dengan Anda...


Tak kira sama ada anda sudah berkahwin atau masih dalam hubungan sebagai kekasih. Memang sukar untuk kita mempercayai apabila pasangan berlaku curang dibelakang kita, tak setia dan lebih menyakitkan bila kita sendiri nampak depan mata curang kepada anda. Mungkin tip2 ini dapat menolong anda.

Melarikan diri
Jika sebelum ini GF anda seorang yang penyayang, manja, suka dibelai tetapi sekarang nak didekati pun anda sudah kena marah, kerap bergaduh walaupun hal yang kecil. Tak mahu lagi meluangkan masa untuk anda, ini petanda besar yang hubungan anda memang jelas bermasalah.

Tiada masa untuk anda
GF anda rasa gelisah bila anda cuba bertanya tentang perubahan dalam hubungan anda. Bila ditanya tentang perangai dia,GF anda marah dan tak nak mengaku. Nampak sangat kan?

Kawan baru
GF anda ada kawan lelaki baru. Kalau sebelum ini sesiapa sahaja kawan dia mesti si dia memberitahu anda. Tetapi sekarang tidak lagi.

Cari gaduh
Kalau anda dan si dia asyik bergaduh dan si dia pula sentiasa nak menang walaupun dalam perkara-perkara yang kecil yang sebelum ini tidak penting untuk diungkit. Usually cheaters feel less guilty about their betrayal when they feel it's justified.

Anda tidak penting dalam hidup si dia
Bila GF sudah tak meluangkan masa lagi untuk anda, ia adalah tanda hubungan anda akan tamat tak lama lagi. Mungkin si dia sudah berjumpa orang baru dalam hidupnya.

GF tak mahu meluangkan masa untuk family dan rakan anda
Biasanya jika hubungan seseorang itu di peringkat yg serius ( nk btunang/bkahwin ) masa yang ada banyak dihabiskan untuk bakal family @ kawan-kawan yang rapat. Jika dia tak mahu lagi meletakkan diri dalam usaha untuk melihat orang-orang penting dalam kehidupan anda, mungkin dia sedang cuba utk menarik diri daripada hubungan anda.

Si dia berpakaian serba cantik tetapi tidak keluar dengan anda
Jangan terkejut jika si dia berpakaian berbeza dari dia keluar dengan anda sebelum ini. Ini mungkin tanda yang si dia nak tarik perhatian orang baru dalam hidupnya.

Tidak pernah memberitahu mengenai perancangan dirinya
Pasangan yang open-minded selalunya mereka akan bercerita hari-hari mereka untuk berkongsi jadual mereka. Tetapi jika dia enggan bercakap mengenai jadual dia, ini bermakna mungkin dia tak mahu anda tahu jadualnya.

Menyembunyikan telefon
Baik GF@BF jika masing-masing sentiasa menghantar mesej selain anda tanpa membiarkan anda dekat dengan telefonnya ataupun bergayut pada tengah malam dari nombor-nombor yang tak diketahui tanpa pengetahuan anda. Ini mungkin dia sedang cuba menyembunyikan seseorang daripada anda.

Koleksi Gambar Lelaki "Jelita"

Macam mintak penampar! Itu sahaja yang dapat kami ungkapkan apabila tengok gambar lelaki jadi perempuan ni. Selalunya kita dapat melihat aksi-aksi panas dalam gambar ini dilakukan oleh perempuan. Ini adalah aksi lelaki yang amat lawak dari segala aspek. Pandangan anda? haha












































Lelaki jatuh basikal dan terkoyaknya seluar dalam








































Comel mengalahkan kecomelan doraemon


Gambar sangat mengiurkan








































Tiba-tiba hidung berdarah weh


Mengalahkan keseksian perempuan








































Gedik gila








































Rasa nak cubit pipi dia

Respon McD Malaysia mengenai isu Israel Laknatullah

Respon Dari Pihak McDonald's Malaysia Apabila Sibuk Diboikot.

Kenapa mesti MCD je? Apa-apapun mari tengok penerangan dari MCD tentang isu boikot ini. 





p/s: tepuk dada tanya iman...sama ada nak percaya atau tidak...

10 Wanita Paling Kejam di Dunia



1. Jiang Qing 1914 – 1991
Jiang Qing
Jiang Qing adalah isteri kpd Mao Tse-tung seorang diktator komunis di China. Kerana kepintarannya menyusun gerakan dia mendapatkan posisi yang paling berkuasa didalam parti komunis (berkuasa seperti Presiden). Dipercayai bahawa dialah dalang disebalik Revolusi Budaya Cina (dimana dia menjadi wakil pemimpin). Jutaan orang di Cina dilaporkan mengalami penyeksaan hak-hak asasi selama Revolusi Budaya. Jutaan yg lain juga dipecat secara paksa. Jumlah korban kematian, baik dari orang barat dan orang timur sekitar 500.000 dalam kekacauan pada tahun 1966-1969 tetapi perkiraan tersebut naik menjadi 3 juta dari 36 juta orang yang dianiaya.


2. Elizabeth I of England 1533 – 1603
Liz
Korban : ribuan orang

Elizabeth I, dalam perintahan untuk menindas fahaman Katolik, ribuan penganut Katolik di Inggeris dibunuh. Selama dia melakukan hal-hal baik untuk kehormatan parlimen, dia juga merupakan raja yang kejam. Sebagai tambahan, Elizabeth memberikan Queen Mary of Scots tempat perlindungan, lalu tiba-tiba mengkhianatinya dan meletakkan dia didalam penjara selama hamper 19 tahun, lalu membunuh dia. Dia menganjurkan perompakan melawan kapal-kapal Sepanyol dan mendalangi penukaran budak.

3. Elena CeauÅŸescu 1916 – 1989
elena
Korban : penghapusan etnik

Elena CeauÅŸescu merupakan orang Romania yang menyatakan diri sebagai ilmuwan, isteri dari pemimpin komunis Romania Nicolae CeauÅŸescu, dan wakil perdana menteri Romania. Romania menyatakan bahwa Elena CeauÅŸescu bertanggungjawab atas pembebasan dari kontrol kelahiran yang mencipta krisis dari tahun 1970-1980an, menghasilkan kebanjiran bayi yang tidak diinginkan. Bayi-bayi, dan anak-anak tersebut akhirnya tinggal di tempat yatim piatu. Dia juga mengetuai komisi kesihatan lingkungan, dimana dia menyangkal adanya AIDS di Romania, yang merupakan salah satu kuasa paling besar didunia barat. Dia juga bertanggungjawab atas kehancuran gereja-gereja dan pendistribusian makanan yang pada tahun 1980an terletak di Romania. Dia akhirnya dihukum bunuh atas kejahatannya yang melawan kemanusiaan dan semasa hukumannya berlangsung, dia berteriak “pergilah ke neraka” ketika itu.

4. Phoolan Devi 1963 – 2001
phoolan
Korban : 22 org lebih

Phoolan Devi adalan dacoit India (perompak bersenjata) yang mempunyai karier singkat sebagai ahli politik. Pada 1970an dia diculik dia akhirnya bergabung dengan mereka untuk melakukan kejahatan. Pada satu saat dia diperkosa oleh sekumpulan laki-laki di Behmai. Dia memilih untuk lari dan meneruskan hidupnya untuk melakukan kejahatan, merompakk dari orang-orang kaya. Lalu dia akhirnya kembali ke Behmai dan dia memerintahkan semua lelaki untuk berbaris dan menembak mereka semua. Paling tidak sekitar 22 laki-laki terbunuh. Lalu dia akhirnya ditangkap dan menghabiskan 11 tahun penjara. Dia masuk kedalam dunia politik, tetapi hanya dalam waktu yang singkat kerana adanya pemberontakkan. Secara mengejutkan, tahun 1998, Phoolan Devi dinominasikan untuk mendapatkan penghargaan Nobel oleh beberapa anggota parlimen Inggeris. Pada tahun 2001, dia dibunuh oleh seorang lelaki dalam usaha balas dendam atas pembunuhan yang ia lakukan di Behmai.

5. Rosemary West 1953
rose
Korban : 12 org

Bersama suaminya Fred, Rosemary West dipercaya telah menyeksa dan membunuh 12 wanita muda. Pada ogos 1992 Fred West ditangkap setelah tertuduh memperkosa anaknya yang berumur 13 tahun sebanyak 3 kali, dan Rosemary West ditangkap atas kekejaman terhadap anak. West mengembangkan kebiasaan untuk mengambil anak-anak perempuan dari perhentian bas disekitar Gloucester, Inggeris dan memenjarakan mereka dirumah mereka untuk beberapa hari sebelum membunuhnya. West mempunyai nafsu seks yang besar sekali dan menikmati perkosaan secara ekstrem dan seks sadomasocithistic. Rosemary adalah seorang biseksual dan banyak mangsa mereka menjadi korban-korban untuk kepuasan seks dia dan suaminya. West juga bekerja sebagai pelacur. Dua dari anak mereka adalah anak dari kliennya. West adalah salah satu dari hanya dua wanita yang pernah dihukum mati dipenjara di UK (yang lainnya adalah Myra Hindley yang sudah meninggal saat ini)

6. Delphine LaLaurie 1775 – 1842
laurie
Korban : 10 org lebih

LaLaurie adalah kaum sosialis yang kejam yang tinggal di New Orleans. Rumahnya adalah ruangan yang penuh dengan keseraman. Pada 10 April 1834, kebakaran terjadi di dapur dan org ramai yg cuba memadamkan kebakaran menemui 2 budak yang dirantai pada dapur, dimana diyakini merekalah yang memulakan kebakaran untuk mendapatkan perhatian. org2 tadi dipandu oleh budak yang lain menuju ke loteng dimana terdapat benda yang lebih mengejutkan. Lebih dari satu dozen budak cacat terbelenggu di tembok atau lantai. Beberapa menjadi subjek untuk percubaan ubat yang mengerikan. Seorang laki-laki terlihat sebagai bagian pertukaran seks yang ganjil, seorang wanita terjebak di kandang yang kecil dengan lengannya yang rosak dan wanita lainnya tanpa tangan dan kaki, dan adanya timbunan daging pada dirinya agar terlihat seperti ulat bulu. Beberapa mulutnya dijahit dan kelaparan sampai mati, yang lainnya lagi tangannya dijahit dengan bahagian badan yang lainnya. Kebanyakan ditemui mati, tetapi beberapa masih hidup dan beberapa meminta untuk dibunuh agar tidak menderita lagi. LaLaurie lari sebelum dia dihakimi dan dia tidak pernah tertangkap.

7. Marybeth Tinning 1942
mary beth tinning
Korban : 9 org

Antara tahun 1972 dan 1985, Tinning mempunyai 8 anak, dimana semuanya dibunuh termasuk anak angkatnya Selama waktu kematian, tidak ada satupun yang curiga bahawa dia membunuh mereka, dan justeru menyalahkan kelainan genetic. Hal ini terjadi walaupun anak angkatnya adalah anak ketujuh yang dibunuh. Dia mengaku bahawa dia mencekik anak-anaknya, tetapi kemudian dia menarik kembali pengakuan itu. Dia dihukum 20 tahun penjara, dan kedua permintaan pembebasan bersyarat ditolak.

8. Dorothea Puente 1929
dorothea puente
Korban : 9 org

Dorothy Puente adalah wanita tua yang menjalankan perniagaan rumah sewa. Selama dia menjalankan perniagaan ini, dia telah perlahan-lahan membunuh orang-orang yang tinggal bersamanya dan memalsukan tanda tangan mereka untuk pemeriksaan kesihatan. Dia tidak mengizinkan penyewa-penyewa itu untuk menggunakan telefon atau surat. Dia akan mengambil semua wang yang dikirim untuk para penyewa itu dan menyimpannya untuk dirinya sendiri. Para korbannya biasanya sedang mabuk, dan menderita schizophrenia. Salah satu mayat yang ditemui dikebun belakang, ditemukan tanpa kepala, lengan, dan kaki. wang yang dicuri, dipakai untuk pakaian-pakaian mewah, perfume dan operasi penegangan kulit muka sebelum sebelum dia tertangkap. Puente tidak memperlihatkan kekesalan yang dalam atas kejahatan yang dia lakukan dan saat ini dia berada dipenjara dengan hukuman seumur hidup.

9. Karla Homolka 1970
karla homolka
Korban : 3 (disyaki ada 5 org lainnya)

Karla Homolka adalah pembunuh bersiri dari Kanada yang menarik perhatian media diseluruh dunia ketika dihukum kerana membantu suaminya, Paul Bernardo untuk memperkosa dan membunuh gadis-gadis remaja, termasuk juga adiknya sendiri Tammy Homolka. Karla merakam segala perbuatan dan pembunuhan gadis muda yang dilakukan oleh suaminya, rakaman video ini digunakan sebagai bukti mereka dipengadilan dan beberapa bahagian dapat disaksikan diinternet walaupun kerajaan Kanada meminta agar video itu dihapuskan. Yang lebih mengejutkan lagi, Homolka dibebaskan dari penjara pada tahun 2005 setelah hanya dihukum 12 tahun dan sekarang hidup di West Indies

10. Williamina “Minnie” Dean 1844 – 1895
minnie dean
Korban: 3 org

Minnie Dean adalah satu-satunya wanita yang dihukum bunuh dalam sejarah New Zealand. Dia dihukum bunuh dengan tali gantung. DIsebalik menyelamatkan gadis muda yang miskin, wanita iblis ini membunuh anak mereka dan mengambil wang mereka untuk meningkatkan gaya hidupnya. Pada waktu itu, wanita muda yang hamil tanpa suami dijauhi oleh masyarakat. Hal ini memunculkan suatu kejadian phenomena yang disebut “baby farming” dimana orang akan menjadi sukarela untuk mengambil anak mereka dan membesarkan mereka dengan gaji dari kerajaan. Dean adalah salah seorang pengasuh, tetapi daripada membesarkan anak-anak itu, dia membunuh mereka ketika ada kesempatan dan mengambil gaji itu. Hal ini sangat memungkinkan dilakukan kerana pengasuh tidak wajib mendaftar sesuai hukum. Dalam banyak kes, anak-anak itu lenyap di rumah pengasuh ini. Dean membunuh paling tidak 3 anak tetapi banyak orang yang mengesyaki dia membunuh lebih dari itu. Saat ini, tulang dari 3 anak itu disimpan didalam muzium New Zealand.



p/s : seram sungguh perbuatan mereka ini..

Harap Terasa!!!

Walaupun percuma, kalau kite ambik itu dikira sebagai tanda sokongan dekat McD. Kalau 

dah boikot tak kira bayar ke free. Masjid ade makanan free taknak pegi ke? Macam kite

sokong diorang pulak lepas ape yang diorang dah buat. Kenduri kesyukuran lepas dapat 

serang Palestin






p/s : harap terasa...

Fakta2 menarik mengenai bahan pengawet..


Tahukah anda burger yang anda makan sebenarnya campuran antara roti dan daging?















































p/s : confirm lepas ni burger yang korang makan dah xrasa sama mcm dulu lg...

Justin Beiber kene Saman menunggang Ducati


Beberapa minggu kebelakangan ini merupakan hari-hari yang sukar untuk Justin Bieber. Bukan saja dia ditinggalkan kekasihnya Salena Gomez, penyanyi itu juga disaman kerana melanggar peraturan memandu. Maka tidak hairanlah, penyanyi bertubuh kecil ini perlu merehatkan diri dengan menaiki satu daripada "mainan" bermotor, sebuah motosikal Ducati yang bergaya. 


Bieber mengenakan pakaian serba hitam, iaitu baju berhud hitam, jeans hitam dan juga topi keledar berwarna hitam tetapi memadankan kasut merahnya dengan perincian warna sama di motosikal itu. Bieber bersiar-siar di Beverly Hills dan kemudian meluncur di lebuh raya di mana pada satu-satu masa dia mengangkat tubuhnya dari tempat duduk.


Selasa lalu, penyanyi itu ditahan oleh polis ketika memandu kereta Ferrari putih miliknya kerana "membelok ke kiri dengan cara tidak selamat.". Justin dikatakan memandu di West Hollywood bersama seorang rakan pada awal petang apabila seorang polis Los Angeles, menahannya.  Bieber malah memuat naik gambar di Instagram memaparkan lampu kereta polis yang menyala. 



Sumber memberitahu, Bieber, 18 memberi kerjasama ketika anggota polis itu melihat dokumentasi miliknya. Ia merupakan kali kedua penyanyi muda itu disaman kerana kesalahan lalu lintas. Julai lalu, Bieber didakwa kerana memandu laju di lebuh raya Los Angeles dan seorang ahli politik tempatan dan bekas anggota polis, Dennis Zine, yang melihat Justin memandu, menganggarkan Justin memandu melebihi 100 batu sejam. 






p/s : Nampaknya nasib Bieber semakin buruk selepas seminggu berpisah dengan Selena Gomez. huhu..

Sunday 18 November 2012

Bala Allah Pada USA: Taufan Sandy (12 gambar)

Taufan Sandy telah melanda pesisir pandai di sekitar US dan memusnahkan banyak harta benda dan nyawa.. Sesungguhnya Allah maha berkuasa untuk menunjukkan pada umat2nya tiada kuasa lebih besar dari kuasa-NYA














p/s: Tuhan bayar cash je nowadays...


Saturday 17 November 2012

Gempak !!! Pic IRON MAN 3 tersebar (15 gambar)

Selepas Filem Avengers meletup2 di pawagam awal tahun ini, superhero2 dalam filem tersebut secara tiba2 kembali naik nama mereka, Iron Man tidak terkecuali..dalam prequel yg ke 3 ini, Iron Man kembali dengan musuh baru serta sut baru yang lebih canggih dan tahan karat (hahaha) gurau2... still you guys kenelah bersabar kerana tarikh tayangan adalah MAY 3 2012. Sabar ya.... but check it out the latest film shot kat bwh ni...



















p/s tak sabooooo nk tgk ;)